Sunday, November 8, 2015

Tutorial pendaftaran (SSO) Single Sign On

1- BUKA WEBSITE EOPERASI 
 https://eoperasi.moe.gov.my

2- KLIK DAFTAR SSO MENU SEBELAH KIRI


3- KLIK DAFTAR SSO

4- ISI MAKLUMAT
5- KLIK DAFTAR

6- KLIK LOG MASUK

7- ISI INFO ANDA

8- TUNGGU SEKEJAP!

9- DAH MASUK


10- 3 MENU MUNCUL

11- MENU PENGURUSAN SEKOLAH ADA EMIS

12- KLIK KEMBALI UNTUK BACK

13- KLIK PENGURUSAN GURU

14- MENU-MENU DALAM PENGURUSAN GURU

15- LAGI MENU DALAM PENGURUSAN GURU

16- MENU EPANGKAT

17- MENU EGTUKAR

18- KALAU TIADA AKSES AKAN KELUAR "ANDA TIADA AKSES"

19- TIDAK DAPAT AKSES KE SITE YANG TIDAK BERKENAAN DGN KITA

20- KLIK KEMBALI DAN KLIK PENGURUSAN MURID

21- ADA 2 MENU SAHAJA DALAM PENGURUSAN MURID

22- CARA LOG OUT

23- LAIN KALI KALAU MAHU MASUK SSO SEMULA TAIP INI

https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php#

ATAU ---->KLIK SINI<----


SENARAI APLIKASI SSO FASA 1

SENARAI APLIKASI SSO FASA 2



SEMOGA BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA!!!

Thursday, January 2, 2014

SENARAI TUGAS GURU DATA

GURU DATA

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi )


1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

     i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

     ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

     iii. Staf bukan guru;

    iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

     v. Pendaftaran PTK;

     vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

4. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Wednesday, May 1, 2013

Tahniah kelas 6 Biru Cikgu Zakeria Johan Tahap 2 Bulan April 2013


Tahniah kelas 6 Biru Cikgu Zakeria Johan Tahap 2 Bulan April 2013..nampaknya momentun kejayaan 6 Biru tidak dapat diatasi oleh orang lain...semoga komitmen Cikgu Zakeria dan Pembantu Cikgu Mariana serta pelajar kelas 6 Biru akan menjadi contoh kepada kelas-kelas lain.

Tahniah kelas 3 Hijau Cikgu Nurul Akmaliah Johan Tahap 1 Bulan April 2013


Tahniah kelas 3 Hijau Cikgu Nurul Akmaliah Johan Tahap 1 Bulan April 2013..Semoga dapat mengekalkan kejuaraan 

Pemenang pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas April 2013


Tahap 1

NO 1 : 3 Hijau 
Guru Kelas : Pn.Nurul Akmaliah

NO 2 : 3 Kuning
Guru Kelas : Pn. Dayangku Hasnah 

NO 3 : 2 Merah
Guru Kelas : Pn. Noraznizah

NO 4 : 3 Merah
Guru Kelas : Pn. Zazura

NO 5 : 2 Biru
Guru Kelas : Pn Saloma

Tahap 2

NO 1 : 6 Biru
Guru Kelas : En Zakeria bin Chee

NO 2 : 4 Kuning
Guru Kelas : Cik Yati Mortada

NO 3 : 5 Kuning
Guru Kelas : Pn Usha Dharan

NO 4 : 6 Kuning
Guru Kelas : Cik Safinah Dinel

NO 5: 6 Merah
Guru Kelas : Pn. Alina Junaidi




Tahniah kepada semua pemenang!

Friday, April 5, 2013

Montaj Pemenang Bulan Mac 2013

Semoga usaha dan komitmen kita semua akan diganjari pahala yang melimpah ruah oleh Allah S.W.T...Saksikan montaj ini...

Gambar kelas pemenang tahap 2 Mac 2013 ( No 4 ) 4 Kuning










Hasil sentuhan kreatif Cikgu Yati...InsyaAllah bulan April dia akan menjuarai pertandingan...