Wednesday, May 1, 2013

Tahniah kelas 6 Biru Cikgu Zakeria Johan Tahap 2 Bulan April 2013


Tahniah kelas 6 Biru Cikgu Zakeria Johan Tahap 2 Bulan April 2013..nampaknya momentun kejayaan 6 Biru tidak dapat diatasi oleh orang lain...semoga komitmen Cikgu Zakeria dan Pembantu Cikgu Mariana serta pelajar kelas 6 Biru akan menjadi contoh kepada kelas-kelas lain.

Tahniah kelas 3 Hijau Cikgu Nurul Akmaliah Johan Tahap 1 Bulan April 2013


Tahniah kelas 3 Hijau Cikgu Nurul Akmaliah Johan Tahap 1 Bulan April 2013..Semoga dapat mengekalkan kejuaraan 

Pemenang pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas April 2013


Tahap 1

NO 1 : 3 Hijau 
Guru Kelas : Pn.Nurul Akmaliah

NO 2 : 3 Kuning
Guru Kelas : Pn. Dayangku Hasnah 

NO 3 : 2 Merah
Guru Kelas : Pn. Noraznizah

NO 4 : 3 Merah
Guru Kelas : Pn. Zazura

NO 5 : 2 Biru
Guru Kelas : Pn Saloma

Tahap 2

NO 1 : 6 Biru
Guru Kelas : En Zakeria bin Chee

NO 2 : 4 Kuning
Guru Kelas : Cik Yati Mortada

NO 3 : 5 Kuning
Guru Kelas : Pn Usha Dharan

NO 4 : 6 Kuning
Guru Kelas : Cik Safinah Dinel

NO 5: 6 Merah
Guru Kelas : Pn. Alina Junaidi




Tahniah kepada semua pemenang!

Thursday, April 4, 2013

Gambar kelas pemenang tahap 1 Mac 2013 ( No 3 )









Gambar kelas pemenang tahap 1 Mac 2013 (No 2)







Gambar kelas pemenang tahap 1 Mac 2013 (Juara)






Pemenang Tahap 2 untuk bulan Mac 2013



Tahniah Cikgu Zakeria dan Penolongnya Cikgu Mariana dan juga kelas 6 Biru kerana masih lagi mengekalkan kejuaraan bulan lepas

Pemenang Tahap 1 untuk bulan Mac 2013


Tahniah Cikgu Dayangku Hasnah dan kelas 3 Kuning

Pemenang pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas Mac 2013

Tahap 1

NO 1 : 3 Kuning 
Guru Kelas : Pn. Dayangku Hasnah 

NO 2 : 3 Hijau
Guru Kelas : Pn.Nurul Akmaliah

NO 3 : 3 Biru
Guru Kelas : Pn. Jamaliah Buyong

NO 4 : 2 Merah
Guru Kelas : Pn. Noraznizah

NO 5 : 2 Kuning
Guru Kelas : Pn. Zainab

Tahap 2

NO 1 : 6 Biru
Guru Kelas : En Zakeria bin Chee

NO 2 : 5 Kuning
Guru Kelas : Pn Usha Dharan

NO 3: 6 Merah
Guru Kelas : Pn. Alina Junaidi

NO 4 : 4 Kuning
Guru Kelas : Cik Yati Mortada

NO 5 : 6 Kuning
Guru Kelas : Cik Safinah Dinel

Tahniah kepada semua pemenang!

Wednesday, March 20, 2013

Panduan Guru untuk SPPBS

1- Sila klik 'GURU'


2- Masukkan Nama Login : (No IC )
    Kata Laluan : (Sila minta dengan SUP)
3- Klik MASUK

***Akan disambung...

Pengumuman SPPBS


*Mohon kerjasama menggunakan Internet Explorer 7.0 hingga 9.0 sahaja semasa melayari SPPBS sementara isu compatibility penggunaan Internet Explorer 10.0 selesai.
----------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 27, 2013

Ibubapa zaman dulu VS Ibubapa zaman sekarang


BEZA ‘budak sekolah’ dulu dengan ‘budak sekolah’ sekarang begitu ketara di mana pelajar zaman dulu, apabila dirotan hingga lebam di tapak tangan atau di punggung kerana tidak membuat kerja sekolah yang guru berikan adalah perkara biasa.

Mereka tidak akan mengadu kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana jika mereka tahu, akan bertambah lebam kena rotan oleh ibubapa mereka.

Pelajar sekarang terlalu manja. Jika dijentik sedikit atau dicubit oleh guru yang ada bekas lebam saja, mulalah ibu bapa datang ke sekolah mengadu kepada guru besar.

Tidak cukup dengan itu, mereka akan buat laporan polis dan memanggil pemberita untuk kejadian disiarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika inilah sikap kebanyakan ibu bapa yang kerjanya suka mengadu hingga ke peringkat Kementerian Pelajaran hanya kerana denda cubit atau ketuk ketampi, bererti kuasa guru untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajarnya menjadi terhad. 

Tindakan ibu bapa murid manja ini akan mematahkan semangat guru untuk mengajar adat dan adab ketika belajar dan berikutan itu, ada antara guru kini membiarkan saja murid nakal dan tidak berdisiplin itu. 

Maka lahirlah murid tidak lagi menghormati guru kerana kini di belakang pelajar ada ibu bapa yang sanggup ‘menyerang’ sesiapa saja yang cuba ‘mencubit’ anak mereka. 

Ibu bapa perlu lebih rasional kerana tiada guru yang merotan hingga patah tangan atau patah riuk tulang muridnya kerana segala yang dilakukan itu hanya sebagai pengajaran yang menunjukkan keprihatinan guru yang sayangkan muridnya supaya jadi manusia berguna. 

Dalam Islam sendiri Nabi Muhammad menyarankan kita agar merotan anak-anak yang tidak mahu solat ketika berumur 10 tahun. Rotan yang berbentuk mengajar anak-anak patuh kepada suruhan agama.

Tiada guru yang mahu pelajarnya menjadi tidak pandai dan proses mendisiplinkan pelajar termasuk juga kriteria untuk menjadi pelajar yang berjaya.